3. KENDALIAN PENCETAK
Pencetak Dot Matrix
- Dot Matrix merupakan printer yang menggunakan reben sebagai alat percetakan kerana menggunakan reben untuk dipaparkan output ke kertas, hasil percetakan dengan dot matrix agak kasar dan kurang bagus.
- Pencetak ini mempunyai pengetuk- pengetuk kecil kecil berbentuk titik yang dipanggil pin.Pencetak Dot Matrix 9 pin bermakna pengetuknya 5 titik (dot) melintang dan 7 titik dari atas ke bawah. Dot - matrix 24 pin pula mengetuknya secara berulang alik dan hasilnya nampak lebih kemas.
- Ia juga boleh menghasilkan pencetak warna dengan sekurang - kurangnya 3 warna asas yang boleh digabungkan bagi membentuk warna - warna lain.
Pencetak InkJet
- Pencetak sembur dakwat merujuk kepada jenis pencetak komputer bukan hentaman yang menggunakan dakwat cair yang disemburkan kepada kertas .
- Ia merupakan pencetak komputer paling biasa bagi kegunaan umum disebabkan kos rendah, output berkualiti tinggi, keupayaan mencetak dalam warna yang terang dan mudah digunakan.
- Antara penyumbang termasuk Epson, Hewlett-Packard dan Canon boleh mendakwa turut menyumbang sebahagian besar kepada pembangunan pencetak pancut dakwat moden
- Jenis pencetak ini melaksanakan tugasnya dengan menyemburkan dakwat dari punat jetnya. Kelajuan pencetak ini adalah 10 kali lebih pantas daripada pencetak biasa.
Pencetak Laser Printer
- Pencetak laser menggunakan teknologi yang sama sepertimana mesin fotokopi dan ianya mencetak dengan menggunakan pancaran laser
- Mutu cetakannya adalah berkualiti tinggi dan ini menyebabkan ianya menjadi pilihan utama untuk kegunaan di pejabat-pejabat, organisasi, institusi pengajian tinggi dan sebagainya yang mementingkan rupa dan kualiti dokumen yang kemas, menarik, tahan lama dan berkualiti tinggi.
- Pencetak laser yang paling rendah keupayaannya mampu mencetak sehingga 4 halaman yang dipenuhi teks dalam masa satu minit.
- Masalah utama pencetak jenis laser ialah harganya yang lebih mahal dari pencetak jenis lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan